Thursday, January 29, 2009

Berbaloikah Membeli Pakaian Berjenama Untuk Anak Anda?

Sejak kebelakangan ini kita perhatikan trend membeli pakaian anak-anak semakin mengarah atau cenderung kepada pakaian berjenama. Bila menyebut pakaian berjenama pastinya harga yang ditawarkan lebih mahal daripada pakaian berjenama biasa. Persoalannya, berbaloikan membeli pakaian berjenama untuk anak anda sedangkan mereka cepat membesar?

Mengikut beberapa tinjauan dan pemerhatian serta pertanyaan secara tidak rasmi kebanyakan ibubapa tidak terlalu berkira tentang harga apabila membeli pakaian untuk anak-anak kesayangan mereka. Malah mereka merasa bangga dapat menyediakan pakaian yang cantik, berkualiti serta stylo untuk yang tersayang, disamping untuk menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak mereka. Sebab itu kita perhatikan kebanyakan pereka-pereka fesyen jenama terkenal dunia seperti Lacoste, Ralph Lauren, Timberland, Dolce & Gabbana, Diesel dan Prada yang sebelum ini membuat pakaian-pakaian untuk golongan dewasa telah mencipta pakaian-pakaian yang menarik dan terkini untuk bayi dan kanak-kanak sehingga berusia 12 tahun.

Keghairahan ibubapa untuk mencari pakaian yang berkualiti, trendy dan berjenama menyebabkan permintaan pakaian kanak-kanak meningkat secara mendadak di seluruh dunia sehingga wujudnya beberapa outlet eksklusif khas untuk kanak-kanak. Malah disamping kedai-kedai fizikal, mereka juga mewujudkan kedai-kedai maya untuk menjual pakaian secara online. Malah didapati penjualan pakaian-pakaian berjenama secara online ini semakin mendapat perhatian kerana selain dapat menjenguk `beberapa kedai' dalam tempoh yang singkat, kebanyakan kedai online menawarkan potongan harga yang jauh lebih murah daripada kedai-kedai fizikal dan pilihan pakaian juga jauh lebih banyak. Ada juga kedai online yang bukan sahaja menawarkan pakaian tetapi juga kasut, topi dan eksesori-eksesori lain.

Membeli secara online juga dapat menjimatkan masa dan ia boleh dilakukan semasa waktu rehat di pejabat, semasa berehat di rumah atau bila-bila masa jika terfikir untuk mencari pakaian untuk anak-anak kerana ianya beroperasi 24 jam.

Jadi membeli pakaian berjenama untuk anak anda sangat berbaloi jika anda tahu bagaimana untuk menjadi `smart parents' iaitu membeli pada harga yang berpatutan.